utama

Sedapnya suara 'bertaranum' [METROTV]

Oleh Alias Abd Rani

“SEDAP macam betul-betul mengaji,” itu reaksi seorang netizen ketika memberi komen terhadap seorang penuntut Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Arau, Perlis yang bertaranum ketika mengajak ahli kumpulannya menyiapkan tugasan.

Penuntut terbabit, Mohd Affuan Ahmad Hadani, 23, memanfaatkan pengalaman belajar al-Quran, nasyid dan azan sejak sekolah agama suatu ketika dahulu dan dia menggunakan kelebihan itu melalui rakaman suara yang kemudiannya dihantar ke Kumpulan WhatsApp.

Rakannya, Muhammad Luqman Mohd Sopian, 19, berkata, sebaik menerima mesej suara itu, dia membuka dan mendengar Mohd Affuan mengajak rakan menyiapkan tugasan kokurikulum dalam keadaan berlagu (taranum).

“Kami tahu dia kerap mengikuti kelas taranum, nasyid dan azan tapi tidak jangka dia menggunakan kemahiran itu untuk memberitahu rakan.

“Ia bukan sahaja melucukan, malah membuatkan kami terpegun dengan suaranya seolah-olah dia sedang mengaji,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rakaman berdurasi 45 saat itu kemudian dimuat naik dalam Twitter Muhammad Luqman hingga ditonton lebih 300,000 warga maya.

Berikut adalah skrip suara bertaranum Mohd Affuan yang dirakam Muhammad Luqman.

“Assalamualaikum WBT, wahai Luqman..wahai Luqman bila anta nak buat group untuk fotografi yang encik samsul suruh...yang encik samsul suruh buat assignment...untuk hari Rabu minggu depan...

“Masyaallah anta punyer qiraat baik..Masyaallah...kalau mcam tu tak apa laahhhhhh......nanti anta bagitau ana....terima kasih abang luqmannnn.....sadaqallahulazim.”

Ramai netizen memuji dan tidak kurang ketawa apabila mendengar suara penuntut terbabit antaranya:

“@muhdthoha5 - Aku play video ni pastu mak aku puji, kan bagus main fon dgr tarannum baru berfaedah “. Aku sengih ja..

“@nrfhthr1 - Pasang depan mak then mak cakap "sedapnya suara dia ngaji" and suddenly mak cakap lagi "eh ayat alQuran ada terima kasih?"

“anssyafinie - belum baca quran smbil taranum lagi tu. mantul hbis dia ni. @fariesyaaaa - Bukak depan mak then mak kata " asar eh, dah asar?" i'm just like "hehehe takla".

“syafiqa12 - Aku punya tangkap feeling tu, habis je aku dengar, terus aku p mengaji doh insaf aku dengar taranum dari member ko ni.

“@ShamirulNazrin - Tersentuh aku dengar sebab tetiba kira dah bnyk hari x mngaji. Banyak lagha dengan dunia.”

Disiarkan pada: August 25, 2019 @ 10:32pm
d