utama

33 rumah, 19 kedai hangus

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

SEBANYAK 33 rumah dan 19 rumah kedai musnah dalam kebakaran di pekan Sungai Lembing kira-kira jam 1.20 pagi hari ini.

Kebakaran itu juga turut memusnahkan sebuah perpustakaan awam.

Difahamkan terdapat dua mangsa dilaporkan terperangkap dan kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.40 pagi.

"Sebanyak lima jentera dikerahkan ke tempat kejadian iaitu dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan serra masing-masing satu jentera dari BBP Indera Mahkota, Taman Tas dan Gebeng.

"Kita mengambil masa lebih satu jam untuk mengawal api, keadaan struktur rumah kedai yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api cepat marak," katanya, di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, 54 anggota bomba terbabit dalam operasi pemadaman berkenaan dan dibantu enam anggota pasukan bomba sukarela serta empat anggota polis dari Balai Polis Sungai Lembing.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 7:23am
d