utama

Khabib jadi imam solat

Oleh Esme Jo

TIDAK hairan sekiranya perkembangan atlet seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov sentiasa diikuti ramai dalam kalangan peminat pelbagai latar menerusi media sosial di serata dunia.

Bukan saja tangkas beraksi di gelanggang malah atlet lasak Russia itu tidak melupakan dirinya ‘hamba Allah’ dengan menunaikan solat secara berjemaah dan menjadi imam solat.

Khabib cemerlang selepas menewaskan pencabarnya dari Amerika Syarikat, pencabarnya, Dustin Poirier pertarungan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin.

Kerendahan hati Khabib dikongsi oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim menerusi di laman sosial Facebook (Fb) beliau dengan garapannya berbunyi:

“Masha'Allah, kejayaan bukan hanya memiliki rekod 28-0 dalam arena (yang memang mengejutkan), Khabib menunjukkan kepada kita kejayaan sebenar apabila anda berdiri di hadapan pencipta.

"Sudah tentu orang yang yakin dan percaya mencapai kejayaan. Mereka yang solat dengan penuh tawaduk menyerahkan diri.

“Bagaimana kuatnya diri seseorang itu, betapa bijak atau masyhur dilihat oleh orang dan apa rekod yang anda pecahkan, kita semua yang ada sekarang akhirnya akan menjadi lemah, pelupa dan kita bersama rekod kita akan dilupakan oleh manusia tetapi rekod paling penting dalam kalangan semua adalah apa yang ditulis oleh malaikat untuk anda dan saya berdoa kita semua mendapat buku catatan baik di tangan kanan pada hari akhirat dan memenangi trofi muktamad, insha'Allah!”

Atlet kelahiran Dagestan itu mengekalkan gelaran lightweight serta rekod tanpa kalahnya menewaskan Poirier pada pusingan ketiga pertarungan itu di Yas Island, Abu Dhabi dengan rekod kemenangan 28-0.

Khabib tampil semula di gelanggang pada perlawanan pertamanya sejak menewaskan Conor McGregor pada Oktober tahun lalu.

Khabib menewaskan tiga daripada lima pencabarnya menerusi kemenangan disahkan ‘melebihi keupayaan lawan’ dan mencabar Jon Jones dan Amanda Nunes bagi menentukan siapa paling hebat secara tidak rasmi dalam MMA.

"MMA adalah mengenai rasa hormat. Itu yang kami tunjukkan pada perlawanan itu," kata Khabib.

Disiarkan pada: September 9, 2019 @ 3:44pm
d