utama

Kokain campur arang batu RM2.4 bilion

Oleh Hadzlihady Hasan

POLIS Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas 12 tan kokain dicampur arang batu bernilai RM2.4 bilion selepas merampas tiga kontena dalam Op Eagle di Butterworth, 10 September lalu.

Sindiket membawa dadah dari Amerika Selatan itu menggunakan taktik terbaru dengan mencampurkan kokain terbabit bersama 60 tan arang batu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, taktik sindiket itu mencampurkan dadah dengan arang batu sukar dikesan sehingga polis terpaksa menggunakan peralatan canggih oleh Jabatan Kimia.

“Dadah itu tidak dapat dikesan Unit Anjing Pengesan (K9) dan kami percaya sindiket ini cuba mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kami percaya negara ini dijadikan sebagai transit sebelum dadah terbabit dihantar ke negara ketiga,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bayan Baru, Bayan Lepas, hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang terbabit menguruskan kontena berkenaan.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan dia kini direman selama 14 hari bagi membantu siasatan kes terbabit,” katanya.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 5:28pm
d