utama

'Terlalu banyak adegan lucah'

Oleh AFP

MALAYSIA mengharamkan filem lakonan Jennifer Lopez, ‘Hustlers’ kerana mengandungi banyak adegan menjolok mata yang tidak sesuai untuk rakyat negara ini.

Filem itu mengisahkan penari bogel di New York menjadi ahli perniagaan kaya ketika krisis kewangan.

Filem berdasarkan kisah benar itu menampilkan sekumpulan wanita menggunakan taktik jenayah termasuk menyebabkan lelaki mabuk sebelum mencuri wang dalam akaun bank mangsa berikutan kejatuhan pasaran saham menyebabkan pendapatan kelab bogel terjejas.

Menurut Lembaga Penapis Filem (LPF) Malaysia yang mengharamkan filem berkenaan ditayangkan di pawagam, terlalu banyak adegan tidak sesuai terutama berunsur lucah dan terpaksa dipotong.

“Filem ini mengandungi terlalu banyak adegan lucah yang tidak sesuai untuk tontonan awam.

“Ia menampilkan payu dara wanita dan alat sulit lelaki selain tarian erotik keterlaluan serta penggunaan dadah,” kata Pengerusi LPF Malaysia, Mohamad Zamberi Abdul Aziz kepada AFP.

Pengedar filem berkenaan di Malaysia, Square Box Pictures mengesahkan pengharaman itu melalui akaun Instagram mereka.

Hustlers dijadual ditayangkan di Malaysia pada Khamis depan.

Disiarkan pada: September 20, 2019 @ 6:42pm
d