utama

Tolong cari Puteri Nurardiana

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

KANAK-KANAK perempuan berusia enam tahun dipercayai hilang dari rumahnya di Villa Adila, Kampung Baru Lait, Lorong 3, Bintulu Sarawak, Sabtu lalu.

Menerusi portal Nur Alert, kanak-kanak berkenaan, Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah kali terakhir dilihat berbaju berwarna ungu dan berseluar pendek merah.

Kanak-kanak berkenaan mempunyai tinggi 120 cm dan berat 18 kilogram serta berkulit cerah dan mempunyai rambut paras bahu.

Ahli keluarga kanak-kanak berkenaan sudah membuat laporan polis pada Sabtu lalu di Balai Polis Bintulu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan boleh menghubungi Inspektor Diana di talian 019-6369984.

Disiarkan pada: September 30, 2019 @ 1:31pm
d