utama

Polis jumpa bom, peluru disorok

Oleh Shamsul Munir Safini

POLIS menjumpai sekurang-kurangnya dua bom tangan dan 689 butir peluru pelbagai jenis dalam stor pili bomba di Taman Sinar Bukit Dumbar, Georgetown, 10.30 malam tadi.

Difahamkan, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menjumpai bom berkenaan, 7.30 petang, selepas menahan seorang suspek pengedar dadah di situ sebelum ini.

Sumber berkata, sepasukan polis daripada Unit Pemusnah Bom IPK Pulau Pinang memeriksa dan mengesahkan penemuan itu.

Menurutnya, polis masih menyiasat pemilik kesemua bom dan peluru berkenaan, selain tujuan ia disimpan di situ.

Katanya, pihaknya juga sudah mengambil keterangan daripada beberapa penduduk di situ susulan penemuan berkenaan.

Disiarkan pada: October 21, 2019 @ 2:01am
d