utama

Raih PMS 4.0 tujuh semester

Oleh Noorazura Abdul Rahman

“SAYA tidak mempunyai sebarang resipi kejayaan luar biasa kecuali jaga adab dan hormat pensyarah serta orang sekeliling,” kata Nur Athirah Rushami Zien, 23.

Penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Utara Malaysia (UUM) ini yakin ilmu yang disertakan dengan adab memberi keberkatan dalam hidupnya, sekali gus segala urusan akan dipermudahkan Allah.

Katanya, sebagai pelajar dia perlu membina hubungan baik dengan pensyarah bagi mewujudkan persekitaran selesa dan memudahkan dia bertanya sebarang soalan yang kurang difahami.

“Dari segi tugasan, saya percaya sekecil-kecil tugasan pun kena buat bersungguh-sungguh sebab ia akan memberi kesan kepada prestasi keseluruhan.

“Pada masa sama, saya fokus di dalam kelas supaya dapat memahami dengan jelas ilmu yang diajar. Dari situ, kita ada masa untuk aktif dalam kokurikulum,” katanya yang meraih Purata Mata Semester (PMS) 4.0 bagi tujuh semester.

Gadis yang berasal dari Perlis ini berkata, dia pada mulanya kekok untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan Perniagaan berikutan ia kursus baharu di UUM.

Bagaimanapun, dengan dorongan semangat keluarga, dia mampu memperoleh Purata Mata Kumulatif (PMK) 3.99.

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 6:30am
d