utama

'Saya hanya perunding Sri Lanka'

KUALA LUMPUR: “Pembabitan saya pada 2003 semata-mata sebagai perunding yang diiktiraf kerajaan Sri Lanka atas kepakaran dalam bidang akademik dan sains politik bagi membantu proses perdamaian.

“Ketika itu, ada enam hingga tujuh orang lain dijemput berdasarkan kepakaran masing-masing bagi menangani konflik di dunia,” kata Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy.

Sambil menafikan beliau terbabit kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Ramasamy berkata, klip video ucapannya ketika di Chennai, India, selepas perang saudara di Sri Lanka yang tular di media sosial diputar belit seolah-olah dia menyokong LTTE dan mahukan sebuah negara baru.

Katanya, sebelum ini dia pernah dilantik sebagai Penasihat Gerakan Aceh Merdeka (GAM) berdasarkan pengalaman dan memahami selok-belok konflik itu berlaku sehingga rundingan berkenaan berjaya, sekali gus peperangan dihentikan.

“Tetapi, saya digambarkan seolah-olah sebagai pengganas,” katanya.

Disiarkan pada: October 22, 2019 @ 6:40am
d