utama

'Alhamdulillah. Pitt, Farah dapat iring awak'

Oleh BERNAMA

“ALHAMDULILLAH. Pitt, Farah dapat iring awak,” demikian luahan Farah Ahmad, isteri Allahyarham Mohd Firdaus Mohamad Hanif atau Pitt Hanif yang ditemui lemas di Kuala Lipis, Pahang hari ini.

Farah yang juga pelakon berkongsi luahan itu menerusi laman Instagramnya, @ifarahahmad disertakan video dirinya menyertai Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam misi mencari dan menyelamat hari ini.

“I told you I will bring you back. Awak nak Farah turun ke sungai juga sentuh air ye baru awak nak jumpa Farah.

“Ya Allah so sweetlah Pitt ni. Terima kasih Pitt sudi berjumpa Farah dan yang lain-lain.

“Ya Allah terima kasih dengar doa-doa kami. Syukur. YES YOU NEVER WALK ALONE @pitthanif!,” tulisnya.

Pemergian Allahyarham itu turut dirasai rakan artis tempatan termasuk penyanyi Yuna yang menyifatkan negara kehilangan bakat besar dalam industri perfileman.

“Our deepest condolences to Pitt Haniff’s family & friends. We’re very saddened by this news. We really respected Pitt & really enjoyed our time with him,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Selain itu, pelakon Sharifah Amani berkata, dia tidak akan melupakan segala ilmu yang diajar Allahyarham selama ini kepadanya.

“Dia happy gila tengok adik dia lace film in a camera. Allah loves you more. My heart is broken. Nani loves you sampai bila-bila. “Thank you for everything Abang. I will never forget the things you taught me. You’ll never walk alone Abang Pitt. Al Fatihah Mohd Firdaus Mohamad Hanif,” luahnya.

Pelakon serta pengarah, Sheila Rusly menerusi Instagramnya pula merakamkan ucapan takziah kepada Farah dan ibu Allahyarham iaitu pelakon Fauziah Nawi.

“Innalillahiwainnaillahirojiun. Takziah @ifarahahmad @fauziahnawi & keluarga. Moga roh Pitt Haniff dicucuri rahmat & ditempatkan bersama mereka yang beriman di sisi Allah SWT. Please be strong mak (Fauziah Nawi). Adik datang jumpa mak soon,” tulisnya.

Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus turut berharap keluarga Pitt Haniff bertabah dan reda dengan pemergian Allahyarham.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Dia dijemput pulang saat dia baru membuktikan bahawa dia salah seorang pengarah filem masa depan.. anak muda berjiwa besar yang sangat mencintai dan menghormati kerjayanya,” tulisnya di Facebook sambil memuat naik sekeping gambarnya bersama Allahyarham.

Polis menemui mayat pengarah filem itu pada 4.25 petang tadi dalam keadaan terapung kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian bot yang dinaikinya terbalik semalam.

Dalam kejadian 1 tengah hari itu, Pitt dikatakan memancing bersama seorang lagi rakannya.

Bagaimanapun bot gentian kaca dinaiki mereka dikatakan pecah dipercayai melanggar tiang jambatan sebelum dia dihanyutkan arus sungai manakala rakannya dapat diselamatkan.

Pitt dilaporkan dalam fasa terakhir menyiapkan sesi penggambaran filem Coast Guard yang memulakan penggambaran sejak lebih dua bulan lalu.

pitthanifsusulan >

Disiarkan pada: October 27, 2019 @ 11:24pm
d