utama

Memalukan...

Oleh Siti A’isyah Sukaimi

POLIS menerima laporan daripada Bahagian Keselamatan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) berhubung kes kecurian dilaporkan berlaku ketika perlumbaan kejohanan MotoGP yang dijadualkan berlangsung esok.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Memang ada satu laporan polis yang dibuat oleh Bahagian Keselamatan SIC tapi tak dinyatakan secara terperinci barang yang hilang,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Semalam sebuah portal melaporkan, kem pasukan perlumbaan Angel Nieto dimasuki pencuri.

Portal berkenaan memetik laporan daripada laman web Lalasport, komponen yang dicuri termasuk set lengkap penyerap hentak, angkup dan cakera brek, komputer riba, alat bengkel dan pemanas tayar.

Pengurus pasukan Angel Nieto, Gino Borsoi dipetik berkata, spring untuk fork dan penyerap hentak belakang turut dicuri.

Selain itu, beliau juga dipetik berkata, komponen untuk jentera Moto2 tidak dicuri, cuma beberapa alatan spesifik seperti alatan untuk membuka roda dan skru pengikat cakera brek motosikal biasa.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 11:45am
d