utama

Jantan sial!

Oleh Agensi

BANDUNG: Seorang lelaki dipercayai menodai hampir 10 wanita apabila melemparkan cecair dipercayai air mani selepas menghampiri mereka menaiki motosikalnya, malah langsung tidak takut menyerang walaupun ada mangsa ditemani suami.

Seorang mangsa yang juga suri rumah berkata, suspek dikenali sebagai Sidik Nugraha, 25, menghampirinya ketika dia menunggu pengangkutan ojek dipesan secara dalam talian di tepi jalan.

“Pada mulanya dia mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menatap wajah saya, tetapi tiba-tiba memasukkan tangan ke dalam seluarnya sebelum melemparkan cecair terhadap saya,” katanya dipetik Liputan6.

Mangsa sempat mengambil gambar suspek menggunakan telefon bimbit sebelum terus menghubungi suaminya.

Seorang lagi mangsa berusia 26 tahun memberitahu Tribun News, dia ‘diserang’ ketika melintas jalan yang sibuk dengan orang ramai kelilingnya.

Malah, katanya, suspek mengejarnya menaiki motosikal sebelum melemparkan cecair ke arahnya yang terkena pada matanya menyebabkan penglihatannya kabur.

Bagaimanapun, ketika soal siasat polis, Sidik pada mulanya enggan mengaku perlakuannya sebaliknya mendakwa sering mabuk kerana gemar minum tuak.

Dia akhirnya mengaku perkara itu selepas didesak termasuk diugut membawa mangsa untuk membuat pengecaman.

Susulan itu, Sidek berkata, dia cepat terangsang lebih-lebih lagi apabila melihat wanita berpakaian seksi.

“Saya memang begitu, cepat sahaja jika melihat wanita,” katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, sekiranya didapati bersalah lelaki itu berdepan hukuman penjara.

Tasikmalaya sebelum ini gempar dengan tindakan seorang lelaki bermotosikal yang melemparkan cecair dipercayai air mani kepada wanita dan beberapa mangsa lagi dilaporkan dicabul.

Polis mula memburu lelaki itu selepas banyak menerima laporan termasuk ada mangsa yang sempat merakamkan wajah suspek.

Disiarkan pada: November 20, 2019 @ 6:30am
d