utama

Isu bendera: Sangat melampau - Mufti Perlis

Oleh Dziyaul Afnan Abdul Rahman

SEKIRANYA perbuatan menghina negara berterusan berlaku, kerajaan seolah sedang dipermainkan, kata Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, perbuatan itu, seperti mana tindakan mempamerkan bendera negara yang salah adalah melampau dan perlu diambil tindakan tegas terhadap pelakunya.

“Penghinaan terhadap bendera negara oleh pihak yang diberikan kerakyatan adalah satu perbuatan sangat melampau yang mesti diambil tindakan.

“Rakyat akan melihat sejauh mana ketegasan kerajaan terhadap golongan yang diberi peluang hidup dalam negara ini tetapi menghina negara,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Mohd Asri berkata, beliau meminta agar kerajaan bertindak dan memberikan ketegasan yang serius dalam menangani perkara sebegini.

“Jika mereka terlepas, ia menunjukkan sama ada kerajaan tidak serius dalam isu sebegini atau kerajaan boleh dipersendakan.

“Kedua-duanya buruk untuk masa depan kerajaan yang ingin menguruskan negara secara berdaulat dan kita meminta ketegasan kerajaan hari ini untuk bertindak dalam kes ini,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial video berdurasi seminit 42 saat memperlihatkan gambar bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima dipaparkan dalam skrin televisyen bersama logo Westport yang menaja kejohanan itu.

Paparan bendera Malaysia yang silap itu ditayangkan ketika peserta dan tetamu menyanyikan lagu Negaraku pada majlis pembukaan kejohanan itu yang diadakan di Stadium MABA, Jalan Hang Jebat di Kuala Lumpur.

Berita berkaitan

Jalur Gemilang salah: Khidmat kontraktor ditamatkan

'KBS akan ambil tindakan' - Syed Saddiq [METROTV]

[UPDATE] Polis dah panggil Presiden MABA

MABA mohon maaf silap bendera

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 9:57pm
d