utama

Rayu sebelum perkosa nenek 72 tahun

Oleh Fardy Bungga

LELAKI sempat merayu supaya diberikan peluang melakukan seks dengan nenek berusia 72 tahun sebelum merogol mangsa, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 12 tengah malam itu, mangsa yang berseorangan di rumahnya di Tamparuli, Tuaran dikatakan terjaga sebaik menyedari kehadiran lelaki itu di hadapannya.

Lelaki itu kemudiannya memberikan isyarat supaya nenek itu mendiamkan diri sebelum meminta peluang melakukan hubungan seks dengannya.

Difahamkan, suspek turut memberitahu mahu mengadakan hubungan seks kerana sudah lama tidak berbuat demikian.

Mangsa cuba melawan, namun kudrat lelaki yang dipercayai jauh lebih muda itu menyebabkan mangsa tidak mampu melawan suspek yang bertindak merogolnya.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Mangsa tidak cedera dan sudah dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Kota Kinabalu, Likas untuk pemeriksaan lanjut.

“Usaha mengesan suspek sedang dilakukan. Kes siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol,” katanya.

Disiarkan pada: December 12, 2019 @ 7:54pm
d