utama

Dr Maszlee letak jawatan?

Oleh Redzuan Muharam

MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik dikatakan akan meletakkan jawatannya dalam kabinet hari ini.

Memetik laporan Malay Mail, maklumat itu diperoleh daripada tiga sumber berasingan yang terdekat dengan menteri berkenaan.

Menurut sumber itu, Dr Maszlee menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi.

“Beliau (Dr Maszlee) menyerahkan surat peletakan jawatan hari ini dan PM menerimanya.

“Beliau kini sedang bermesyuarat dengan kakitangan dan akan mengumumkan keputusannya pada satu sidang media petang ini,” kata pegawai rasmi kepada Malay Mail yang enggan namanya didedahkan.

Bagaimanapun, ketiga-tiga sumber terbabit mengunci mulut selepas ditanya alasan peletakan jawatan Dr Maszlee.

Satu sidang media khas akan diadakan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya 4.30 petang ini.

Dr Maszlee yang juga bekas pensyarah dilantik Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melantiknya untuk memegang portfolio itu.

Beliau adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

  • TERKINI 4.45 petang: Maszlee Malik sah letak jawatan
  • Disiarkan pada: January 2, 2020 @ 3:44pm
    d