utama

SPRM dedah rakaman audio 'mengejutkan'

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan audio konspirasi jenayah tertinggi membabitkan rakaman perbualan tujuh individu termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain Najib, perbualan suara itu turut membabitkan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad; bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin serta Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan Ketua Eksekutif Mubadala Development Company (MDC) Khaldoon Al-Mubarak.

Ia didedahkan kepada umum dan diperdengarkan kira-kira 45 minit menerusi sidang media oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Latheefa berkata, rakaman audio itu diterima pihaknya beberapa hari lalu membabitkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International, 1MDB serta beberapa kes lain.

Katanya, ia sangat mengejutkan selain cubaan untuk menutup keadilan.

Perbualan berkenaan adalah pada 5, 17 dan 22 Januari 2016, 26 Februari 2016 serta 22, 23, 27 dan 29 Julai 2016.

Berita lanjut menyusul.

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 12:11pm
d