utama

'Can I advise you something'

Oleh HM Digital

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan set rakaman audio perbualan membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu yang disifatkan sebagai kebocoran maklumat daripada SPRM.

Pada sidang akhbar khas di Putrajaya, SPRM mendedahkan klip audio perbualan yang turut didakwa membabitkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, tokoh asing dan beberapa individu lain.

Antara perbualan itu menyatakan kebimbangan dan keperluan menyelesaikan masalah dengan cepat.

Pada rakaman kelapan, berlaku perbualan yang agak panas antara lelaki dan wanita dikatakan sebagai Najib dan Rosmah.

Wanita itu dengan nada tinggi berkata: ‘Can I advise you something’ dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan cara pengendalian isu membabitkan SPRM.

Berikut adalah senarai rakaman audio yang didedahkan SPRM hari ini.

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 1

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 2

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 3

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 4

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 5

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 6

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 7

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 8

Pendedahan SPRM : Rakaman perbualan 9

Disiarkan pada: January 8, 2020 @ 6:34pm
d