utama

Tayang video isteri curang

Oleh Agensi

SEORANG pengantin lelaki membuat kejutan ‘istimewa’ dengan memainkan video pasangannya curang dengan lelaki lain ketika majlis resepsi perkahwinan mereka hingga menimbulkan kekecohan.

Video kekecohan itu tersebar di media sosial dipercayai dirakam tetamu yang hadir ke majlis yang berlangsung di wilayah Fujian.

Tiga video digabungkan yang mana sebuah video memaparkan pasangan itu berjalan di tengah dewan manakala dua klip video lagi menunjukkan pengantin wanita bersama abang iparnya.

Ketika pengacara majlis mengumumkan bagaimana pasangan pengantin bertemu, layar di belakang mereka memaparkan video seks pengantin wanita bersama suami kepada kakaknya.

“Awak ingat, saya tak tahu?” kata pengantin lelaki tiba-tiba menghamburkan kemarahan sambil menolak pasangannya sebelum pengantin wanita itu melemparkan bunga.

Pergaduhan kedua-duanya cuba dileraikan ahli keluarga keluarga masing-masing.

Menurut laporan Apple Daily, pasangan itu sudah berkenalan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Sebuah agensi berita cawangan Hong Kong pula mendedahkan, pengantin lelaki mengetahui pasangannya tidak setia selepas memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah baharu mereka.

Lebih memburukkan keadaan, kakak pengantin wanita yang ditipu suaminya itu juga didakwa hamil enam bulan.

Tindakan pengantin lelaki itu memalukan pasangannya menjadi perdebatan hangat di media sosial China dengan sesetengahnya setuju itu sebagai balasan kepada perbuatan wanita itu.

Namun, sebahagiannya pula tidak bersetuju malah menuduh pengantin lelaki keras hati kerana memalukan pasangannya di khalayak ramai pada hari bahagia mereka.

Malah, ada juga membuat andaian video itu sebahagian daripada taktik pemasaran yang sengaja direka untuk tarik perhatian orang, namun tiada bukti konklusif mengaitkan perkara itu.

Disiarkan pada: January 10, 2020 @ 6:15am
d