utama

Implan pecah bawa jangkitan

Oleh Agensi

LONDON: Kemaruk memiliki payudara besar, seorang wanita menanggung kesakitan apabila implan dipakai pecah dan meninggalkan parut selepas melakukan pembedahan plastik selama tujuh jam di Turki.

Malah, keadaan payudaranya juga kini ‘hampir rata’ disebabkan kejadian itu.

Zara Rodriguez, 28, sanggup ke Istanbul untuk mendapatkan implan payudara dan menyedut lemak pada Ogos lalu dan membayar 5,015 Pound Sterling (kira-kira RM26,700) di klinik bagi menukar saiz buah dada daripada 34C kepada 34F.

Bagaimanapun, wanita berasal dari Wiltshire, England itu terpaksa menanggung kesakitan apabila implan itu mula mengeluarkan cecair akibat jangkitan.

Dailymail melaporkan klinik itu kemudian menawarkan untuk ‘membaiki’ semula implan itu selepas dia memuat naik gambar memalukan menunjukkan keadaan payudara selepas pembedahan di media sosial.

Tetapi, implannya sekali lagi bocor sebaik dia pulang ke rumah dan klinik berkenaan enggan lagi bertanggungjawab.

Pada 22 November, kedua-dua implan wanita itu terpaksa dikeluarkan di Bath Royal United Hospital menyebabkan payudaranya sudah tidak menarik dan kurang keyakinan diri.

Wanita itu terpaksa membelanjakan lagi 5,000 Pound Streling (RM26,630) untuk melakukan pembedahan pembetulan di United Kingdom.

“Payudara saya ketika ini kelihatan rata berikutan ketiadaan tisu dan meninggalkan parut di dada saya.

“Saya berusia 28 tahun dan akibat tindakan gila ini, saya mengalami kemurungan dan kekurangan keyakinan diri,” katanya.

Disiarkan pada: January 12, 2020 @ 6:30am
d