utama

4 penuntut politeknik dikhuatiri lemas [METROTV]

Oleh Rosli Ilham

EMPAT penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 petang tadi, mangsa ke pantai Teluk Bidara bersama dua lagi penuntut yang dilaporkan selamat.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Dungun, PBK II Mohd Zaiharis Sandar berkata, bomba terima panggilan kecemasan pada 6.33 petang dan bergegas ke lokasi kejadian bersama 10 anggota.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kesemua mangsa tenggelam sebelum pasukannya menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.

"Keadaan ombak besar menyulitkan bomba untuk menjalankan operasi mencari dan kita terus berusaha menjalankan pencarian di persisir pantai, " katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, 30 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.

Katanya, pihak polis menghubungi pihak Politeknik dan memaklumkan kejadian yang berlaku itu.

Disiarkan pada: January 17, 2020 @ 8:24pm
d