utama

Buat kerja bodoh lagi...

Oleh Agensi

LONDON: Seorang pengguna TikTok berdepan kesakitan dan malu berpanjangan selepas cuba membuat aksi luar biasa dengan menelan harmonika.

Mollie O’Brien membuat aksi berkenaan untuk suka-suka namun, ia berakhir dengan alat itu tersekat di dalam mulutnya.

Portal Mirror Online melaporkan, remaja itu terpaksa dihantar ke klinik pergigian bagi mengeluarkan instrumen berkenaan.

“Pergi ke (klinik gigi) Cheo untuk mengeluarkan harmonika saya,” tulisnya dalam kapsyen video TikTok berkenaan.

Gadis berkenaan dilaporkan tidak boleh bercakap dan hanya membuat montaj video beserta kapsyen untuk menjelaskan keadaannya.

“Saya hanya melakukan perkara yang buruk, saya menyesal apa yang saya lakukan dan pastinya anda tertanya-tanya apa yang berlaku.

“Baiklah, saya memasukkan seluruh harmonika dalam mulut dan ia tersekat sekarang,” katanya dalam video itu.

Mollie mengakui panik dengan keadaan itu berikutan ia menyukarkannya untuk bernafas.

Doktor gigi mengeluarkan alat muzik itu dan tiada kecederaan serius berlaku kepadanya.

Disiarkan pada: February 5, 2020 @ 7:00am
d