utama

Satu rentung, tiga cedera MPV terbakar

Oleh Amir Abd Hamid

SATU rentung, tiga cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan terbakar di Kilometer 19.5, Lebuhraya Elite-Cyberjaya, pagi hari ini.

Dalam kejadian pada 3 pagi itu, mangsa yang maut belum diketahui jantina.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, tiga mangsa yang cedera adalah lelaki dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.19 pagi.

“Satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya dengan kekuatan lapan anggota dan pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian pada 3.43 pagi,” katanya.

Beliau berkata, tiga mangsa dapat diselamatkan dalam kejadian itu manakala seorang mangsa rentung.

Berita lanjut menyusul...

Disiarkan pada: February 16, 2020 @ 9:11am
d