utama

Saya sendiri cadang Tun tetap masa sesuai - Anwar [METROTV]

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peluang kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada hujung tahun ini.

Katanya, beliau sendiri berpendirian supaya jawatan Perdana Menteri itu diberikan kepadanya selepas persidangan berkenaan.

“Kita tiada keraguan dan komitmen kita kepada Tun M untuk menjalankan tugas (Perdana Menteri) dengan dokongan penuh tiada soal.

“Malah saya sendiri cadang supaya Tun M mentadbir dan menetapkan masa sesuai, buat sementara saya kena sabar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, malam tadi.


Terdahulu, media melaporkan Dr Mahathir akan meletakkan jawatan selepas APEC pada hujung tahun ini.

Sebelum ini, beberapa ahli PKR mendesak beliau mempercepatkan peralihan kuasa perdana menteri pada Mei ini kepada Anwar bagi membolehkan Presiden PKR itu mendapat tempoh mencukupi untuk menjalankan sebarang perubahan dalam pentadbiran negara.

Isu penyerahan kuasa pemimpin itu menjadi spekulasi berterusan walaupun Dr Mahathir berulang kali berjanji menyerahkan jawatannya kepada Anwar sebelum ini.

Disiarkan pada: February 22, 2020 @ 12:51am
d