utama

Tun M enggan ditemubual

Oleh Dawn Chan dan Muhammad Yusri Muzamir

AHLI Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di kediamannya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, sebentar tadi.

Dr Mahathir yang enggan ditemubual bagaimanapun hanya melambaikan tangan dan melemparkan senyuman ketika disapa pengamal media, sejurus tiba di balai pengawal kediamannya, pada jam 6.40 petang tadi.

Terdahulu, Dr Mahathir meninggalkan Istana Negara selepas kira-kira 90 minit, selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, selepas memasuki Istana Negara, pada jam 4.40 petang tadi.

Kereta Proton Perdana yang membawa Perdana Menteri itu dilapor meninggalkan Istana Negara menerusi pintu utama pada jam 6.19 petang tadi.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 7:20pm
    d