utama

Jawatan semua Menteri Kabinet terbatal

Oleh Wartawan NSTP

YANG di-Pertuan Agong berkenan membatalkan pelantikan menteri-menteri atas nasihat Perdana Menteri hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata, pembatalan itu sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri pada hari ini.

“Sehubungan itu tugas anggota pentadbiran merangkumi Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri dan setiausaha politik terhenti pada tarikh sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 24, 2020 @ 9:42pm
    d