utama

BN, PBRS, PAS cadang bubar Parlimen

Oleh Wartawan NSTP

BARISAN Nasional (BN), PBRS dan PAS berpendirian supaya Parlimen dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negara ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, pendirian itu sudah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Katanya, pendirian itu terpaksa dibuat berikutan ada cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan membabitkan beberapa pemimpin parti politik.

“Berasaskan kepada kemungkinan mahu dibentuk kerajaan perpaduan secara prinsipnya ia banyak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan parti. Apa-apa perkiraan mestilah atas dasar parti.

“Maka selepas parti berbincang kita tidak boleh menyembunyikan kepada rakyat, kita mohon parlimen dibubarkan dan biarlah rakyat yang menentukan,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 25, 2020 @ 6:57pm
    d