utama

Video seks mirip pelakon lelaki tular

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin dan Najiy Jefri

SATU video seks yang dikatakan mirip dengan seorang pelakon lelaki tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah, gambar pelakon berkenaan turut tular bersama video berdurasi 12 saat itu yang memaparkan dua lelaki melakukan seks.

Seorang daripada dua lelaki dalam video berkenaan dikaitkan dengan pelakon terbabit berdasarkan ciri tertentu pada badannya.

Difahamkan pelakon lelaki berkenaan yang menyedari penyebaran video berkenaan sudah membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Usaha wartawan Harian Metro mendapatkan komen pelakon itu bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej tidak dijawab.

Disiarkan pada: February 26, 2020 @ 6:43pm
d