utama

Tiada Ahli Parlimen dapat sokongan majoriti [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah belum memperoleh keyakinan terhadap seorang pun Ahli Parlimen layak dilantik menjadi Perdana Menteri Kelapan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda berkenan dengan keputusan diambil Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk tidak memanggil Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, Isnin ini.

“Berdasarkan proses temu bual ini, Baginda belum memperoleh keyakinan mengenai seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu.

“Baginda akan terus berusaha untuk mencari jalan penyelesaian selaras dengan Perlembagaan Persekutuan demi kesejahteraan rakyat jelata dan negara yang kita cintai bersama.

“Istana Negara akan berhubung dengan ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka yang mengemukakan pencalonan nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Baginda turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Parlimen dan Ketua Setiausaha Negara serta semua pihak yang terbabit dalam proses temubual selama dua hari bermula Selasa lalu.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 4:47pm
    d