utama

Bersatu calonkan Muhyiddin PM-8

Oleh Suraya Roslan

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencalonkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Parlimen dihadiri 36 Ahli Parlimen Bersatu, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh antara nama disebut-sebut sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 28, 2020 @ 5:30pm
    d