utama

Siapa Pengerusi Bersatu?

Oleh Suraya Roslan

KONFLIK dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) makin rumit apabila Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengesahkan beliau memangku jawatan Pengerusi Bersatu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Muhyiddin, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada 24 Februari lalu.

"Menurut fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk Pengerusi baharu.

"Bersatu belum mengadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baharu. Justeru, saya selaku Presiden memangku jawatan Pengerusi Bersatu sehingga pemilihan diadakan kelak," katanya.

Kenyataan Muhyiddin ini bercanggah dengan pengumuman dilakukan Dr Mahathir yang mengesahkan menerima semula pelantikan sebagai Pengerusi Bersatu, Khamis lalu melalui satu kenyataan akhbar oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Marzuki Yahya.

Terdahulu, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu sebulat suara menolak surat peletakan Dr Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 12:34pm
    d