utama

'Misi saya berjaya' - Zahid Hamidi

Oleh Suraya Roslan

“MISI saya berjaya dan selesai,” itu jawapan ringkas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak memperincikan misi berkenaan.

Muhyiddin diumumkan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, beliau akan mengangkat sumpah 10.30 pagi esok di Istana Negara.

“Istana Negara hari ini sudah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 29, 2020 @ 4:48pm
    d