utama

Muhyiddin khianati saya - Tun M

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

PAKATAN Harapan (PH) akan mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang Dewan Rakyat ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau merasakan dikhianati oleh Muhyiddin apabila Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memilih untuk bekerjasama dengan UMNO.

Beliau berkata, PH akan membuat undi tidak percaya di Dewan Rakyat kelak memandangkan PH mempunyai majoriti berbanding Perikatan Nasional.

“Bagaimanapun saya takut sidang Parlimen Dewan Rakyat akan lambat bagi membeli masa,” katanya pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary, hari ini.

Beliau juga juga memberi bayangan jika Dewan Rakyat mengambil masa untuk bersidang, maka kemungkinan angka 114 akan berubah.

"Saya rasa dikhianati oleh Muhyiddin, kami sudah berkerja untuk jangka masa yang lama dan dia sudah berjaya.

"Seseorang yang dipilih sebagai Perdana Menteri harus disokong oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, jika Ahli Parlimen tidak dibenarkan menduduki Dewan Rakyat mereka tidak boleh menunjukkan sama ada mereka menyokong atau tidak," katanya.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 10:34am
    d