utama

Terima kasih Allah - Muhyiddin [METROTV]

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

"TERIMA kasih Allah dan Yang di-Pertuan Agong..saya akan beri kenyataan dalam beberapa jam nanti," kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di kediamannya di Bukit Damansara 12.15 tengah hari tadi.

Sebaik tiba beliau disambut Ahli Parlimen dan penyokongnya. Doa kesyukuran turut diadakan sebelum beliau masuk ke dalam rumah.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Majlis di Singgahsana Kecil Istana Negara itu turut menyaksikan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh melahirkan setia dan sumpah simpan rahsia di hadapan Agong.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 1, 2020 @ 12:40pm
    d