utama

Adly perlu letak jawatan

Oleh Amir Mamat

YANG di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, tidak bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Seri Hasim Hasan dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Khalil sudah mendapat representasi daripada sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka bahawa Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN.

Katanya, di atas budi bicara Mohd Khalil, beliau tidak mempersetujui dengan permohonan Adly untuk membubarkan DUN.

“Oleh yang demikian, berdasarkan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka, Adly hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Selanjutnya berdasarkan Perkara 7(2)(a) Perlembagaan Negeri Melaka, Mohd Khalil akan melantik dalam masa terdekat seorang ADUN sebagai Ketua Menteri yang baharu untuk mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang pada pendapatnya, mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN,” katanya.

Adly hari ini mencadangkan kepada Mohd Khalil supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: March 2, 2020 @ 8:06pm
    d