utama

Isteri juara program Da'i ditahan

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

ISTERI juara program Da’i ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati Kuala Lumpur semalam selepas dipercayai menipu seorang pelanggan.

Sumber berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan berikutan laporan polis dibuat mangsa Oktober tahun lalu.

"Mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

"Mangsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: March 3, 2020 @ 11:01am
d