utama

Latheefa Koya sah letak jawatan

Oleh BERNAMA

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Latheefa Koya hari ini mengesahkan beliau sudah meletak jawatan.

Dalam kenyataan dikeluarkan, beliau berkata, surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Menurutnya, keputusan meletak jawatan dibuat atas kehendaknya sendiri dan menyifatkan spekulasi bahawa beliau menerima tekanan untuk berbuat demikian sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, yakin SPRM akan dapat meneruskan perjuangan memerangi rasuah di bawah keupayaan pegawai dan anggota sedia ada, bersama sokongan Perdana Menteri.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu untuk tempoh dua tahun menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Sejak pelantikan itu, beliau membuka semula beberapa kes lama termasuk membabitkan orang kenamaan dan kepentingan awam.

Berita berkaitan

Latheefa Koya letak jawatan?

Disiarkan pada: March 6, 2020 @ 9:46am
d