utama

Azam Baki ganti Latheefa Koya

Oleh Suraya Roslan

Datuk Seri Azam Baki dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantikan Latheefa Beebi Koya, berkuat kuasa hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, pelantikan Azam yang sebelum ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694.

“Selaras dengan subseksyen 5(3) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), Yang di-Pertuan Agong turut memperkenankan permohonan Latheefa untuk memendekkan perkhidmatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa pada 9 Mac.

“Kerajaan mengucapkan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata kenyataan itu.

Disiarkan pada: March 9, 2020 @ 12:47pm
d