utama

Dilarang masuk Singapura, Thailand

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

RAKYAT Malaysia yang berulang-alik ke Singapura dan Thailand kerana bekerja di negara itu dilarang berbuat demikian bermula esok.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, larangan keluar dari negara ini juga terpakai kepada mereka seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Bermula esok, semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang memasuki negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Harian Metro semalam melaporkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.

Perintah kawalan pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Berita berkaitan:

  • Sekatan pergerakan bantu KKM tangani Covid-19
  • Tentera tidak terbabit pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
  • MKN bersidang setiap hari, pantau situasi Covid-19
  • 'Perintah Kawalan Pergerakan' 14 hari - PM [METROTV]
  • Disiarkan pada: March 17, 2020 @ 2:23pm
    d