utama

Mangsa ketiga Covid-19 dikebumi di Sarawak

Oleh Mohd Roji Kawi

JENAZAH korban ketiga wabak Covid-19 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Islam Samariang, Petra Jaya, semalam.

Sumber berkata, jenazah wanita berusia 40 tahun itu diuruskan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sebelum Maghrib.

Difahamkan, ahli keluarga mangsa hanya dibenarkan mengikuti proses pengebumian itu dari jauh.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada 1 tengah hari semalam.

Sebelum ini, ibunya meninggal dunia pada 2 pagi, 18 Mac lalu, namun kematian wanita berusia 79 tahun itu lewat dilaporkan kerana hospital swasta yang merawatnya menunggu keputusan ujian makmal swasta di Kuala Lumpur.

Disebabkan kelewatan pengesahan sebagai mangsa Covid-19, jenazah warga emas itu diuruskan seperti biasa tanpa prosedur ketat di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengesahkan seorang lagi ahli keluarga mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 22, 2020 @ 11:05am
    d