utama

Covid-19: KKM pertimbang guna ubat dari China, Jepun

Oleh Suraya Roslan

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) pertimbang untuk menggunakan ubat Avigan dan Fukaikan untuk merawat pesakit jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah berkata, ubat Avigan keluaran Jepun dan Fukaikan dari China ketika ini tidak didaftarkan di Malaysia dan penggunaannya memerlukan kajian kerana ada kesan sampingan.

“Ubat berkenaan tidak didaftarkan di Malaysia tetapi kita akan mempertimbangkan untuk meluluskan melalui (beliau sebagai) Ketua Pengarah Kesihatan.

“Bagaimanapun, (penggunaan) ubat berkenaan perlu kajian kerana ia mempunyai kesan sampingan,” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Avigan dan Fukaikan, adalah ubat yang sama. Avigan dibangunkan syarikat kumpulan Fujifilm Holdings berpangkalan di Jepun yang dilihat berkesan merawat pesakit Covid-19.

Beijing mula mengesyorkan ubat berkenaan yang dijual di bawah jenama Avigan.

Disiarkan pada: March 25, 2020 @ 8:44pm
d