utama

Covid-19: Kematian meningkat 24 orang

Oleh Wartawan HM

JUMLAH kematian akibat koronavirus baharu (Covid-19) yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di Malaysia meningkat kepada 24 orang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan berkata, kes kematian ke-24 itu membabitkan rakyat tempatan berusia 35 tahun.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac 2020.

“Beliau mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac,” katanya.

Menurutnya, hasil ujian pengesahan Covid-19 didapati positif pada 20 Mac.

“Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia semalam jam 9.30 malam.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 27, 2020 @ 11:12am
    d