utama

Virus dalam air mani

Oleh AFP

Washington: Saintis di China mengesan koronavirus ditemui dalam sampel air mani pesakit lelaki yang dijangkiti wabak Covid-19.

Namun, menurut mereka, kajian lanjut diperlukan bagi memastikan sama ada virus itu boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual.

Kajian sekumpulan doktor di sebuah hospital perbandaran Shangqiu di wilayah Henan itu membabitkan 38 pesakit lelaki yang dijangkiti wabak itu berusia 15 hingga 50 tahun.

Daripada jumlah sampel itu, enam daripada mereka diuji positif Sars-CoV-2 yang turut dikesan di dalam air mani masing-masing.

Penyelidik itu mengakui, kajian lanjut diperlukan bagi melihat sejauh mana hubungan seksual boleh menyebarkan virus itu berikutan penemuan itu masih awal dan hanya membabitkan saiz sampel terhad.

"Kajian mendalam diperlukan untuk mendapatkan maklumat terperinci waktu bertahan dan konsentrasi dalam air mani.

"Jika benar terbukti Sars-CoV- 2 boleh dipindahkan menerusi hubungan seksual, mungkin langkah pencegahan lebih sukar.

"Elak atau pakai alat pelindungan kondom mungkin boleh dipertimbangkan sebagai langkah pencegahan bagi pesakit," kata pasukan penyelidik itu.

Kenyataan itu dipetik menerusi kajian mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (Jama).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 9, 2020 @ 7:00am
    d