utama

Sanusi angkat sumpah jawatan MB Kedah petang ini

Oleh M Hifzuddin Ikhsan; Nooazura Abdul Rahman dan Nor Farhani Che Ad

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dijadual mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Kedah Ke-14 pada 2 petang ini.

Pada jam 10 pagi ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau sebelum diikuti pengumuman pelantikan Menteri Besar baharu.

Pengumuman terbabit akan dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim sebelum majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Ketika ini, kumpulan wartawan mula berkumpul di hadapan Wisma Darul Aman, Alor Setar bagi liputan sidang media dan majlis angkat sumpah Menteri Besar baharu.

Berita berkaitan:

  • Angkat sumpah MB Kedah baharu esok
  • Tunggu keputusan Sultan Kedah
  • 'Macam-macam cara khianat' - Mukhriz
  • Sidang DUN putuskan siapa MB: Mukhriz
  • Saya masih Menteri Besar: Mukhriz
  • Sanusi bakal MB Kedah baharu?
  • PN Kedah umum pembentukan kerajaan negeri baharu
  • ADUN Sidam, Lunas keluar PKR, sokong Muhyiddin
  • PN dijangka umum kerajaan negeri baharu Kedah
  • Kemelut Kedah berakhir hari ini?
  • Disiarkan pada: May 17, 2020 @ 9:18am
    d