utama

Teringin watak aksi

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

TUTUR katanya yang memang lembut apabila berbicara membuatkan ramai lelaki terpaut.

Namun siapa sangka di sebalik kelembutannya, pelakon cantik Shiqin Kamal memiliki hati yang kental.

Shiqin atau nama sebenar Nur Ashiqin Mohd Kamal, 29, meminati aktiviti lasak dan kini menyertai aktiviti 'boxing' Muay Thai.

"Saya mula sertai aktiviti ini sejak Mac tahun lalu sebagai cara untuk menjaga kesihatan.

"Selain itu, ia boleh diguna untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku perkara tak diingini.

"Maklumlah saya perempuan, balik 'shooting' malam-malam seorang diri memang agak berbahaya," katanya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya jika berlaku sesuatu dalam perjalanan, dia dapat mengendalikan situasi dengan sebaiknya.

"Saya juga sebenarnya teringin nak bawa watak lain selain bercinta dan antagonis.

"Boleh dikatakan saya kerap berlakon watak berat. Sekarang teringin pula nak bawa watak aksi dan komedi ringan.

"Sekiranya ada tawaran berlakon watak aksi, saya dah ada persediaan dari awal," katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang membintangi filem Lagenda Budak Setan dan Di Larang Masuk serta menonjol dengan watak antagonis menerusi drama bersiri 100 episod, Jodoh-Jodoh Anisa mengakui kuasa bukan terletak ditangannya.

"Semuanya terletak kepada penerbit dan pengarah untuk memberikan watak yang sesuai.

"Saya kena akur sahaja, tapi sekiranya ada peluang, saya pasti takkan lepaskan," katanya.

Shiqin yang pernah berehat panjang kerana melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), tampil berlakon kembali pada 2014 selepas menggenggam segulung ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari.

Dia kini menyerlah menerusi drama bersiri 26 episod berjudul Degup Cinta menggandingkannya dengan Josiah Hogan yang ditayangkan di Astro Ria.

"Sebenarnya drama ini dah lama siap. Ia adalah 'finish product' dan kami tak tahu sebenarnya ia akan ditayangkan di stesen mana.

"Ia diadaptasi dari drama Turki berjudul Ruzgarin Kalbi arahan bersama Shahrulezad Mohameddin dan Noorsyahida Mohd Radzali.

"Kalau ada yang perasan, penggunaan dialog kami dalam cerita ini agak baku kerana awalnya dijangka disiarkan di sebuah stesen lain," katanya.

Menurutnya, dia terkejut drama itu disiarkan di Astro kerana ini kali pertama diberi watak utama sebagai Zahlia.

"Ini satu peluang keemasan. Selain daripada Degup Cinta, tiada lagi tawaran lain untuk saya bawa watak utama.

"Kebanyakan penerbit kata saya tak sesuai bawa watak baik dan bagi karakter antagonis. Itu alasan yang selalu diberikan.

"Tapi bagi saya, pelakon perlu diberi pelbagai watak untuk kembangkan bakat dan bukan mengehadkan pada karakter yang sama sahaja," katanya.

Menurutnya drama ini tampil dengan jalan cerita menarik, sekali gus membuat penonton melekat di depan kaca TV untuk menyaksikan kesudahannya.

Shiqin tidak menafikan populariti drama ini berjaya menaikkan popularitinya dalam kala

ngan peminat baharu.

Tambahan pula, sebuah lagi drama lakonannya, Dendam Cinta Arissa juga pernah disiarkan di Astro sebelum ini.

Jodoh...nanti dahulu

Berbicara soal pasangan hidup, Shiqin memberitahu enggan memikirkannya buat masa ini kerana ingin fokus pada karier terlebih dahulu.

"Saya ada perasaan nak capai impian yang diinginkan iaitu dikenali peminat. Kalau kahwin, saya b

imbang impian itu sudah jatuh nombor dua.

"Sememangnya saya nak berjaya dan mahukan nama dan kedudukan stabil dalam industri.

"Apabila keluar saja muka saya di TV, orang kenal itu Shiqin Kamal. Saya akan kekal fokus selagi tak capai impian ini," katanya.

Dia bagaimanapun mengakui pernah bercinta dengan seorang lelaki tiga tahun lalu namun tiada jodoh untuk ke jenjang pelamin.

"Sejak itu, saya fokus pada kerjaya seni yang diceburi dan percaya jodoh akan datang sendiri

"Saya juga menolak untuk bercinta dengan sesama anak seni. Agak susah kerana saya tak pandai nak kawal perasaan cemburu.

"Bayangkan jika kekasih saya 'shooting' dengan pelakon wanita lain dan timbul gosip, pasti susah," katanya.

Disiarkan pada: May 18, 2020 @ 6:00am
d