utama

Kluster baharu di Depot Tahanan Imigresen [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu jangkitan Covid-19 iaitu di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil membabitkan 35 kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua yang dikesan positif adalah warga asing yang ditempatkan di depot tahanan itu.

"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 645 individu diambil sampel dan daripada jumlah itu, 35 kes positif, 400 kes negatif dan 210 masih menunggu keputusan.

"Mereka yang positif adalah 17 warga Myanmar, India (15) dan masing-masing seorang Sri Lanka, Bangladesh dan Mesir," katanya dalam sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Noor Hisham berkata, punca jangkitan berkenaan masih dalam siasatan.

Beliau berkata. pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan sudah dijalankan misalnya, aktiviti nyah kuman, pendidikan kesihatan seperti penjagaan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta penekanan mengenai penjarakan sosial.

Menurutnya, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan ke semua pusat depot tahanan secara berjadual yang diberikan pasukan kesihatan dari klinik kesihatan terdekat.

Disiarkan pada: May 21, 2020 @ 5:06pm
d