utama

60 kes baharu Covid-19

Oleh Suraya Roslan

SEBANYAK 60 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan tujuh daripadanya kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Manakala, terdapat pertambahan 33 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari ini.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 5,945 kes dengan kadar kesembuhan 82 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 60 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,245 kes positif keseluruhan.

"Daripada 60 kes baharu itu, 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam (6) kes di kluster baru di DTI Sepang.

"Daripada keseluruhan kes itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,185 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

"Sehingga kini, sembilan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 kes iaitu 1.6 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 24, 2020 @ 4:59pm
    d