utama

4 maut kemalangan di Felda Chini Timur

Oleh Wartawan HM

EMPAT maut dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori di jalan utama Felda Chini Timur, Pekan, tengah hari tadi.

Kemalangan 12.45 tengah hari itu berlaku apabila sebuah lori bertembung dengan Proton Wira.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chini bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Difahamkan terdapat lima lelaki menaiki Proton Wira itu dengan empat mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi mangsa cedera dan dibawa ke hospital manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: May 28, 2020 @ 3:20pm
d