utama

Campuran pelik jadi 'penawar' lawan Covid-19

Oleh Agensi

Buckinghamshire: Ketika banyak negara meminta penduduknya mengamalkan perintah berkurung dan penjarakan sosial bagi mencegah Covid-19, seorang wanita di Aylesbury, tengah England pula cenderung memilih cara tersendiri.

Ibu dua anak dikenali Tracy Kiss, 32, itu mengamalkan meminum air mani teman lelakinya yang dicampur bersama minuman smoothie sebanyak tiga kali seminggu.

Katanya, campuran sperma lelaki boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan boleh menjadi penawar buatan sendiri bagi melawan Covid-19.

Dakwa Tracy, dia tidak mengalami gejala demam dan selesema sejak tiga tahun lalu kerana pengambilan minuman itu selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, penawar pelik berkenaan tidak disahkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mahupun Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS).

"Saya jumpa cara alternatif semula jadi dan tidak memerlukan kos untuk meningkatkan imunisasi badan.

"Anda tidak selalu tahu apa kandungan dalam ubat farmasi, lebih baik minum sesuatu yang jelas tidak mengandungi bahan kimia," katanya.

"Ini mungkin bukan untuk semua orang, tetapi ia penuh vitamin serta bernutrisi, malah saya tidak pernah demam dan selsema sejak meminumnya pada 2017. Saya juga gunakan untuk kecantikan kulit," katanya yang dilapor Metro.co.uk.

Menurutnya lagi, dia membekukan air mani yang diletak dalam bekas kiub ais bagi memastikan tahan lama dan bekalan mencukupi disebabkan teman lelaki yang tinggal berjauhan.

Jurulatih kesihatan peribadi itu berkata, pengambilan bahan berkenaan ibarat seperti bayi yang memerlukan susu ibu yang kedua-duanya berkhasiat secara semula jadi.

Dia berkongsi penawarnya kepada masyarakat untuk membantu sekali gus beri perspektif baharu dalam usaha mencegah koronavirus.

Disiarkan pada: May 30, 2020 @ 7:00am
d