utama

Covid-19: 20 kes baharu termasuk 15 import [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad; Amir Abd Hamid dan Suraya Roslan

SEBANYAK 20 kes baharu jangkitan Covid-19 dan merekodkan 7,877 kes positif keseluruhan dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 12 tengah hari, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 20 kes baharu dilaporkan itu membabitkan 15 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.

Beliau berkata, daripada lima kes penularan tempatan, tiga kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala dua kes lagi membabitkan warganegara Malaysia termasuk seorang daripada Kluster Pedas.

"Terdapat pertambahan 66 kes pulih dan dibenarkan discaj daripada hospital dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 6,470 kes dengan kadar kesembuhan 82.14 peratus.

"Sehubungan itu, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,262 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan.

"Sehingga kini, enam kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dua daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 2, 2020 @ 5:14pm
    d