utama

Aduh, sakitnya...

Oleh Agensi

Beijing: Hanya kerana ingin tahu, seorang budak lelaki di China sanggup memasukkan 20 bebola magnet menerusi saluran kencingnya.

Akibatnya, kanak-kanak berusia 11 tahun itu terpaksa menanggung kesakitan selama seminggu.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkenaan, dia mengalami beberapa masalah termasuk kerap membuang air kecil

Dia juga mengalami gejala lain seperti sakit setiap kali mahu membuang air kecil.

Tidak tahan dengan perkara itu, dia mengadu sakit di bahagian alat sulit kepada ibu bapanya.

Ketua Urologi di Hospital Kanak-Kanak Dongguan, Li Honghui berkata, rahsia kanak-kanak itu terbongkar selepas ibu bapanya membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Li, pemeriksaan melalui endoskopi pada mendapati bebola magnet sudah berkarat di dalam pundi kencing kanak-kanak berkenaan.

Beliau berkata, semua masalah yang diadukan oleh budak itu berpunca kerana 20 bebola magnet berkenaan.

"Bebola magnet itu juga yang menyebabkan berlakunya keradangan pada alat sulitnya," katanya.

Sementara itu, doktor sama berkata, kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan semua bebola berkenaan.

"Kami tidak dapat mengeluarkannya melalui sistoskopi jadi alternatifnya adalah menerusi pembedahan," katanya.

Doktor juga terpaksa berhati-hati ketika melakukan pembedahan kerana saluran kencing kanak-kanak itu yang terlampau kecil.

Disiarkan pada: June 7, 2020 @ 6:30am
d